Friday, August 3, 2012

LAMB SOQ

Lepas teraweh, takdak motif hidup, so p jenjalan Tesco. Tengah2 feeling suri rumah, dah terbeli Lamb Shoulder. Call mama tanya resipi. Cabaran untuk mencari serbuk kurma sangat thrill, sebab kedai banyak yang dah tutup. Pi 7E pun takdak jugak. Pi MESRA dekat Petronas tanya " sini ada jual serbuk kari dak?" -- Kena gelak dengan abang tu. -__-" Then, akhirnya, sampaikan p mintak nak beli dekat pakcik al-Quds Cafe V5. 



Tapi ni resipi suka hati ja.




Perap





Masak




Siap




dan MASINNNN YAAAA RABBAAANNAAAAAAA T___T




Wednesday, July 11, 2012

Su'un Comeback!


Dah lama teringin nak makan makanan favourite masa muda muda duduk V3 dulu. Sanggup pinjam keta roomate sebab nak pi cari benda alah ni kat Taman Maju. Satu bandar U pusing, dari kedai pemborong sampai ke peruncit, semua tadak. Sampai ada tergerak hati nak call Customer Services Maggi. nak mintak depa keluarkan balik makanan ni. At last, semalam jumpa dekat Tesco Taman Maju! Beli dua paket teruih. 



ok. sekarang dah lega Alhamdulillah. :)

Friday, April 6, 2012

mintak ampun




mintak ampun kaki saya malam ni.
meronta-ronta mintak nyawa.
apokono cixdia malam ni ? buang tebiat ko ?
selalunya sneakers / slipper / flat sajohh
ni haa hambek!

credits : #tramtamtam


Salah seorang artis gamelan UTP yang perform super awesome pada malam Ensemble of Gamelan 2012.




sakit kaki T_T

Thursday, April 5, 2012

Perhentian



i found this dalam Facebook amet ismail.kinda cute.me gusta.






not sexy enuff

Tuesday, April 3, 2012

Kasihan Perempuan



diam--dia lemah.
lantang--nampak salah.
mesra--dia sundal.
pasif--suami gatal.

kahwin--"bila beranak?"
tak kahwin--pasti digelak.
berzuriat--xcukup sempurna.
tak berisi--lagi dikata.

berhijab--tak cukup labuh.
tanpa ditutup--lagilah heboh.
setia--dimadu sana sini.
curang--dicanang keji.

terlalu cinta--dimain2kan.
terlalu berjaga--dimarah2kan.
sering nangis--rimas selalu.
mata kering--dipanggil batu.

orang mendosa--yang salah perempuan.
bila pahala--lelaki diagungkan.
buat betul--perlbagai dipersoal.
buat silap--sekampung berbual.

aduhai--
betapa kasihan;
betapa kasihan.

*pause*

kadang2 bila aku baca status chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 "jantan konon2" ini buat aku hendak muntah. beri nasihat itu ini pada wanita tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.

apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mestilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.

kita yang pilih kita siapa.

*pause*

wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu,wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.

berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

*pause*

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.



Fynn Jamal