Saturday, August 23, 2008

::: im a proudly KEDAHAN :::

RENTAK tari Kedah cuba diikuti,

tetapi Selangor akhirnya dipaksa menggigit jari apabila gemilang jadi milik Sang Kenari yang terus bermegah

dengan kemenangan 3-2 pada pertentangan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Percaturan untuk cuba menyaingi rentak pantas Kedah dijelmakan Merah Kuning

biarpun diakui usaha itu lebih baik berbanding ketika kecundang di final Piala FA Jun lalu,

ia tidak cukup buat menghalang Kedah melengkapkan rangkulan tiga kejuaraan musim ini. Cuma ancaman awal jadi milik Selangor apabila pada minit ketujuh, rembatan percuma Indra Putra Mahayuddin berjaya menggegar tiang kiri gol Kedah.