Thursday, July 15, 2010

La tahzan gadisku

hari ni bangun awal.
cuci carpet 2 keping. (apa penjodoh bilangan yang betul tuk carpet aa?)
cuci moto satu bijik.
vacuum ceiling satu rumah.

oke, sekarang letih gila.
dan saket leher sebab lenguh melangut lama lama

untuk anak anak orang kaya di luar sana,
bersyukurlah hampa semua tak kena buat kerja kerja macam ni.
tak, bukan aku nak merungut. aku ikhlas buat kerja kerja ni.
ya la, after all, ni rumah aku, kalau aku tak buat, rumah aku gak yang jadi rumah dracula.
anak anak orang kaya ni untung, keluarga yang mampu nak gajikan bibik. pada keluarga aku pulak, daripada gajikan bibik untuk buat kerja kerja rumah tu semua. tak berbayar lah bil bil electric kat rumah ni nanti. tak berbayarlah bil ayaq ni esok esok.nak bayar gaji orang upahan cuci rumah, dah boleh beli ikan jacket sekilo buat bekal untuk seminggu.hehe

jadi, untuk rakan rakan taulan kenal kenalan diluar sana.
janganlah kita mengambil kesempatan ke atas kawan kawan kita.
walaubagaimana cara sekalipun. sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. sama ada dengan niat baik atau buruk. kerana... bukan semua orang bernasib baik.. mana tau orang yang anda nak ambik kesempatan tu baru ja kena rompak. habis duit duit belanja dia, haa. tak ke kesian kat dia kan..
mana la tau, orang yang hampa nak amik kesempatan tu baru je kematian ayah kesayangan.. hmmm.. lagi sedih ni..

dan. janganlah kamu tersalah menilai diri ini.
time aku tak mampu nak berbelanja kamu kamu sekalian tu. bukannya aku ni sep duit. bukannya aku ni kedekut taik idong masin. bukannya aku berkira dengan kawan kawan.

time aku tak mampu tolong pinjamkan duit untuk korang korang tu. bukannya aku takmau tolong. bukannya aku ni kejam nak tengok kawan kawan jatuh. bukannya aku nak berkira dengan kawan kawan.

tapi agak agak la ang nak pow aku..
aku pun merangkak rangkak perlukan duit..
faham faham lah.