Friday, January 16, 2009

al-fatihah

Fatin Amira Faudzli dalam kenangan (27.08.1989 - 14.01.2009)



Sahabat ku Fatin Amira Faudzli telah kembali ke rahmatullah pada 14 January 2009 yang lalu kerana terlibat dalam satu nahas jalan raya di Rawang bersama bapanya allahyarham En.Faudzli.

Fatin Amira atau lebih dikenali dgn panggilan dodo merupakan salah seorang sahabat-sekepala aku ketika kami menuntut di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,Kangar,Perl
is. Masih segar dalam ingatan aku keakraban kami sewaktu dii sekolah dulu. Bersama-sama wat kerja gila, sama2 wat Lukisan Kejuruteraan, sama2 order nasik ayam hainan. Setelah tamat SPM,kami dah jarang contact,lgpn dia di Perlis aku di Kedah.Though, masa zaman supersavers menyengat, aku rajen gak call dia. free kan.. Then,aku masuk UTP,dia kt matrik Gopeng,satu negeri,Perak! tp,kami x penah berjumpak.Penah plan nak hangout sekali..tp tak penah terlaksana.That is why aku terkilan sangat2.Itu la kali terakhir kami berhubung,tp x berjumpak..Aku rasa bersalah.Aku x sempat mntk maaf dan berjumpak tuk kali akhir.
Maafkan aku.

Di kesempatan ni aku nak menasihatkan diri aku dan juga rakan2 di luar sana tolong apreciate sahabat2 kita.Jangan lupa kawan.Jangan la pentingkan boyfriends/ girlsfriends smpai ketepikan kawan2 yang suatu ketika dulu berada disamping kita biar ketika duka atau suka.Tanak call kawan2 lama semata2 nak berjimat kredit untuk call boyfriends/girlfriends.Paling koman pn miscall.Tp ada sesetangah org x suka dgn miscall2 ni.terpulang la.bg aku miscall salah satu cara berjimat dalam masa yang sma menunjukkan org yang di miscall maseh dlm ingatan kita.
msg pn ok.satu dua pn jadi la.bkn byk mana pon. berapa kupang la sangat!

Jangan simpan dendam.Kalau time ni kita ada wat salah dengan kawan2,cepat2 la mntk maaf,ajal maut kita x tahu.semua terletak pada kekuasaan Allah subhanahuwataa'ala.
Di kesempatan ni jugak aku ingin memohon maaf kepada SEMUA rakan2 ku,sejak dari Tadika Kemas Bukit Tinngi,rakan2 dari Sekolah Rendah Kebangsaan Kepala Batas, rakan2 dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tinggi,rakan2 dari Sekolah Menengah Sultanah Asma,rakan2 dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,rakan2 dari Universiti Teknologi Petronas, rakan2 dari Pusat Tuisyen Tmn PKNK, rakan2 dari tuisyen shahab perdana, rakan2 dari tuisyen Bina Jitra, rakan2 dari Taman Tabung Haji, rakan2 dan saudara mara dari Kampung Alor Merah,Alor Star, Kampung Alor Gunung, rakan2 dari satu tempat kerja Alia Restaurant Jalan Stadium,Alia Restaurant Stadium, rakan2 dari mana2 sahaja yang aku kenali & jugak kamu yang sedang mmbaca maafkan daku andai tersalah ckp atau melukakan hati kamu semua.halalkan makan minum aku. Kalau ada hutang ka apa2 ka mai la cakap kat aku. Boleh aku setel kan sebelum aku meninggalkan kamu semua kelak.

Buat rakanku Fatin Amira Faudzli aku doakan roh mu tenang disana.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu.aminn...al-fatihah..