Friday, January 16, 2009

al-fatihah

Rabu 3 December 2008 aku bertolak dari medan Gopeng ke Alor Star.

setelah 3 hari berada di rumah.tiada apa yang aku lakukan.
pada hari keempat Sabtu 6 December 2008
pagi tu 7.05 am.mama aku menerima satu panggilan dari maklang.
lepas tu aku dgr suara mama menahan sebak dan tangis.
mama gtau nenek saudara ku telah meninggal dunia selepas subuh tadi.
terkejut.
tergamam.
terdiam.
membisu.
smpaikan innalillah pn aku x ucap!
astagfirullahalazim.

nenek saudara aku ni mmg rapat dgn aku
setiap kali raya aku mesti p rumah dia kat Lorong Sekolah Alor Merah.
aku panggil dia tok saket mata.
sbb mata dia ada selaput.
even dia rabun2 macam tu
setiap kali dia pegang tangan aku,rambut aku,muka aku,dia tak pernah silap meneka aku.
tekaannya pasti tepat!
ni nadia ni ...
setiap kali tu jugak dia mesti hulurkan duit kepadaku
walaupun aku semakin menginjak dewasa.
biarpun seringgit dua dia mesti nak bagi jugak
katanya "sedekahh.."

saat kain kafan mmbaluti tubuhnya
hatiku makin sayu
melihat wajahnya yang tenang & suci
tidak menggambarkan umur sebenarnya yang menjangkau 90 tahun..
hatiku bertambah sayu
buat kali terakhir aku mencium pipinya
saat itu air mata ku dah tak terbendung lagi.

kami mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan Islam Masjid Alor Merah
saat imam membacakan talkin
sejenak insaf menghinggap diriku
betapa kerdil kita di sisi Allah..

tok..
semoga rohmu dicucuri rahmat oleh Allah subhanahuwataa'la..
amin..
al-fatihah..



Khamis 15 January 2009 aku bertolak dari Alor star menuju ke UTP.

esoknya Jumaat 16 January 2009,akan diadakan kenduri tahlil dan doa slamat buat nenek saudara ku.
pada pukul 2.04 pm aku menerima satu message dari mama aku yang mengkhabarkan berita kematian tok teh ku.
innalillah..
berita ini sangat mengejutkan aku.
setahu aku tok teh aku masih sihat biarpun umurnya sudah mencecah 90 lebih.

dan kematiannya adalah pada hari majlis tahlil untuk adiknya (nenek saudara ku)..
aku hanya berkesempatan untuk mengucap kan takziah kepada keluarga nya.

buat tok teh omar..
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu..
aminn..
al-fatihah..