Monday, February 2, 2009

sms celaka

sambungan cerita lepas peristiwa "mafleh terbyek"

setel acara seprais party.
acara menyental-kain-baju-dan-muka mengambil alih.
dia punya penat tak payah cakap la.
dah la penat, busuk lak tu.
busuk tu pulak tahap gampang.
agak hanjeng la dia punya x de mood.
mata aku da berat nak tidoQ ja ni.
serius tak tipu.
kalau korang bagi Kenny Rogers Roosters time tu kat aku pun,
aku tolak.sumpah! berani kerat kuku!
maaf mataku.aku memaksa kau bercelik lebih dari yang sepatutnya.



lupa pulak kat 1200 aku.
check la.mana tau ada lagi fanatik2 aku yang belum tunaikan kewajipan mereka terhadap aku.
ada 2 messages received.( kan da cakap memang ada lagi yang nak wish.ah,tak karan la wish lambat2)

ada atu message ni buat mata aku cerah kembali.
sender : 22121
untuk pengguna MAXIS.
mesti korang tahu apa punya angkara kalau 22121 bagi message.
Share-a-topap buat penat aku hilang.
wahh..ini dah lebih..
sapa pulak yang nak share topap dengan aku ni.?
bukan setakat dapat kejutan dari kawan2.
bukan setakat dapat hadiah-rowk-kepala-hangguk.
bukan setakat dapat card wish birthday.
malah.
siap nak bagi aku share topap rm5 percuma.!
dah la unknown number yang nak share tu.
sapa tak mau baii.??
tanpa berlengah aku taip YES
dan hantarkan ke 22121.


tapi aku still rasa tak sedap.
aku baca balik message tadi

601720353** telah meminta untuk berkongsi RM 5 dari anda.
Sila balas YES untuk meneruskan atau NO untuk membatalkan permintaan.
















celaka!
*padah baca message dalam keaadaan mengantuk*