Friday, September 11, 2009

Hati Sugul

"Hidup tak selalunya indah, tak semua yang kita nak, kita akan dapat"

Yes,absolutely true!
I admit it.
Tetapi, pernah kah terfikir, wujudnya manusia-manusia yang kurang bernasib baik.

Mereka juga inginkan kemewahan harta benda yang memudahkan urusan hidup, supaya tidak lagi dia perlu menaiki kereta yang tidak punya pengahawa dingin itu, tidak lagi dia kebasahan setiap kali hujan turun kerana menaiki motor, supaya tidak lagi dia perlu membetulkan tudung kerana terkelepet disebabkan menggunakan "aircond semula jadi", supaya tidak lagi dia perlu menyanyi sendiri kerana tidak mempunyai radio atau mp3 atau mp4 atau mp5 dan seterusnya, supaya hilang lenguh2 ditangan kerana menyental baju kerana tidak mampu membaiki mesin cuci yang rosak, keindahan pemandangan yang aman dan sentosa, kenikmatan hidup untuk melancong di negara yang belum pernah dilawati, supaya dia setanding menceritakan pengalamannya pergi melancong kesana kemari bersama keluarga tercinta, supaya album gambar dirumahnya penuh dengan foto-foto indah untuk dijadikan kenangan terindah, keluarga yang sempurna tanpa ada cacat nya, tanpa perlu berselindung dari hal yang sebenar, kerana hal yang sebenar itu sangat perit untuk diluahkan, mungkin sukar untuk dikongsi bersama, bisa runtuh benteng air matanya, hanya sabar peneman setia, tahap kesihatan yang tak perlu makan belanja perubatan yang tinggi, tidak perlu berulang ke kelinik setiap selang sehari untuk di cuci darahnya, yang memerlukan ubat-ubatan memakan belanja beribu-ribu hanya untuk satu suntikan ubat, rupas paras yang sekali pandang, nak jeling untuk pandangan kedua dan seterusnya, bisa bikin hati jejaka memasang niat untuk memperisterikannya, bisa bikin hati jejaka cair menelaah setiap inci raut wajahnya, susuk tubuh badan yang bisa bikin hati jejaka bisa runtuh imannya, bisa bikin sang jejaka tidak malu untuk memperkenalkan itu kekasih hatinya kepada orang ramai, malah sang jejaka akan lebih berbangga, kasih sayang dari insan teristimewa, kasih sayang yang tiada tolok bandingnya, kucupan mesra dari bapa tersayang, yang tidak pernah berlaku lagi kini,belaian mesra dari ibu yang dicintai, yang mungkin patah hatinya, kasih seorang abang kepada adik, yang mungkin akan bertemu disyurga, kasih seorang kakak kepada adik, alangkah indah jika punya satu,kasih seorang adik kepada kakak, tidak sama seperti mempunyai adik kandung sendiri, kasih seorang adik kepada abang, andai ku punya seorang, kasih teman, rakan, sahabat, member, kawan, kepadanya, rencah hidup secukup rasa bersama-sama dirasai, supaya dia tidak lagi dihina /dicaci /dituduh /difitnah menjadi seorang luser bukan satu permintaan, hanya berserah kepada Yang Maha Esa yang menentukan.

Tidak dilahirkan sebagai seorang anak dokter, tidak mematahkan semangat untuk hidup, bukan anak datuk, yang bisa belanja makan di cafe mahal, bukan juga anak pegawai kerajaan yang bisa hulurkan duit untuk membantu mu di dalam kesusahan, maaf, bukan tidak mahu membantu, aku juga di dalam kesusahan. mengertilah, sesiapa juga ingin kan semua ini. tetapi tahap kewarasan dan kematangan semakin menginjak naik, aku fahami ini bukan lah untuk setiap insan, hanya insan terpilih layak untuk diduga sebegini. Juga diduga pabila ada segelintir yang tidak mahu terima insan serba kekurangan seperti ini.


Bukan melahirkan rasa ketidakpuasan hati. hanya sekadar ingin berkongsi. rasa sakit tidak terperi. mungkin akan reda selepas ini. ya,tidak punya kecantikan, tidak punya kemewahan, tidak punya kebijaksaan,tidak punya apa2 yang menarik. tetapi punya kebebasan hidup yang waras. punya hati dan perasaan. naluri berkata, sabarlah sayang, semua ini dugaan, redha dan pasrah untuk kesekian kali. biar infiniti, hati tetap teguh menghitung perit getir yang dilalui, tabahkan lah kerana hidupmu tidak sesempurna hidup orang lain. ingatlah, ada yang lebih perit dari ini, kau tidak merasa, tidak melihat, tidak mendengar, tidak melaluinya, mereka lebih arif.
Kupanjat rasa bersyukur kepada Ilahi, atas kurniaan anugerah terindah ini, amin..

Frasa yang diungkap di awal penulisan sangat sebati dalam diri, terlalu banyak yang "tidak-dapat". sangat mengerti, sangat fahami, sangat biasa dilalui. terimakasih.