Monday, April 2, 2012

undefined




Last two weeks balik rumah. Last week pun balik rumah. Masa last two weeks ada some conversation me and mama yang agak awkward sikit. Tapi tak sempat nak cerita nak post kat sini, sudah berlaku awkward conversation yang kedua, iaitu pada last week. So, tak tau lah nak respond macam mana. Last two weeks, bermula ceritanya time tengah driving, macam biasa la aku dengan mama, sembang-sembang gelak gelak, tapi sampai satu part tu, mama cakap “ Mama selalu doakan Nadia ni cepat-cepat dapat jodoh ” Aku dah “…” then Mama sambung lagi “ Mama selalu doa jodoh Nadia tu orang yang beriman.. orang yang baik baik..” Aku dah tak tau nak bagi respond mcm mana , then aku gelak fake “ heh :) ” Mama tak berhenti disitu saja , sambung lagi “ Yala..mama ni pun koi tua dah, tapi tak dak cucu lagi.. makcik2 lain baya baya mama semua dah boleh cucu.. kalau ada arwah abang, lain la.. ni ada Nadia sorang ja anak mama..” Aku dah “GULP!” awat ni? Awat tibatiba sembang mcm ni. Selalunya mama x penah penah nak sembang macam ni. Even aku nak berkawan dengan lelaki pun dia selalu pesan “kawan ja, tak payah duk menggedik lebih dengan depa” . Dan dia selalu pesan, “mengaji dulu, tak payah duk gatai lagi nak berboipren2, nanti bila ada jodoh, jodoh tu mai la..bukan kita kena pi cari”. And ya, bukan anak mama ni x couple sebab dengaq cakap mama sangat, sebab mmg takdak orang nak pun kat anak mama ni. And now, mama dah macam start menggelabah sebab anak mama ni x dak orang nak. Mama asyik bagi hint yang dia memang nak aku ni cepat2 dapat jodoh. Last week pun terjadi perkara yang sama, kita cerita pasai kawan kita kena risik, dia punya respon bukan happy pasai kawan kita yang kena risik tu, dia punya respon more to aku. “ish, cerin bulu roma aih dengaq cerita ni..mintak mintak laaa anak mama dapat berkat kawan yang kena risik tu” Aku dah macam “mampoih dah” :|

Apa ni mama? Nadia tak faham. Awat mama dah start kalut nak suruh Nadia cepat cepat dapat jodoh? Dulu mama gak yang suruh Nadia bertenang. Mama ingat anak mama segak.. Baru sekarang mama sedaq yang anak mama ni tak segak dan tak laku. Trolololololol . Nasib la ma, dulu dulu masa ada orang nak kat Nadia mama x bagi Nadia kawan dengan dia.. Ya la, mama takmau Nadia couple2 sebab couple tu haram. Mama nak Nadia kawen teruih kan..dengan sapa ma? Mama nak tolong cari bagi? Or just wait sapa sapa yang masuk minang, teruih on! Bercinta lepas kawen.. Ok.. Taktau nak rasa mcm mana. This is just the undefined feeling. :\






pelik bila pikiaq2 balik, perangai mama yang sangat nak aku kawen cepatcepat.