Saturday, January 31, 2009

"mafleh" terbayek!!

30 January 2009

sudah dua puloh tahun mengerjakan ibadah hidup.
alhamdullillah.syukur.
terima kaseh mama melahirkan aku di dunia ini.

BABAK SATU-DALAM V3B-S2-01

detik jam 12.00 a.m menghampiri.
kedatangan sumai yang baru pulang dari kerjaan dating dalam bilik aku agak memualkan.
dengan gaya muka bahagianya,ingin saja aku debik.
dah macam nak menaik darah aku.
fikir balik. kawan sampai mati.
datang pulak lagi dua makhluk berbulu.lida.ana.
xde keje melepak dalam bilik aku.
xpe,xde hal beb. memang buat bilik ni untuk korang datang lepak.
korang gosip lah.malas layan.
hati aku more to cerita The Hoppers & Ahli Muzik.

tiba2
l :cixdia,nak ikot x pegi 7E.
c :wat pa??
l :sumai nak p cari topap.
c :haa.bley gak.jom2.tp...jom aa mafleh2 sekali.
l :hurmm..tanya aa sumai.
c :hang la tanya.eh, ana ikot x?
l :sekali aa.!
c :isk.mana p rumet aku ni haa?
l :tatau la.

*pong pang pong pang pong pang*


kedengaran dari jaoh.
l :cixdia.!! sumai kata ok!
c : yeay!! ^_^

BABAK DUA-DALAM VIVA AGD 151

*titt..titt..titt* (berulang kali.malas nak kopi pes)

biasalah orang glemer.
message wish besday xyah cakap la berapa banyak.
tangan ligat picit keypad.
mata tepaku kat skrin NOKIA 1200.

l :sumai,jom la kita lalu jalan ni..(simpang dekat vifai gurl) jaoh sikit..
s :oo..belah ni..haa jom2.

*pong pang pong pang pong pang*

aku dengan dunia aku.melayan peminat2 fanatik aku.
ape barang layan 3 ekor makhluk berbulu tu.tak dua puloh tahun langsung!


BABAK TIGA-JALAN RAJA NAZRIN

seelok masuk jalan baru depan Chansellor Hall.
ternampak segerombolan manusia berkerumun menatang apa entah.
pada sangkaan aku.pergaduhan.
tengok2.. geng kitorang gak.budak2 TECH.celebrate birthday member.
sumai buat kelakuan tergegeh apa entah nak berhenti tengok birthday party budak2 tu.
x semena2 lida ana pon nak turun gak.
gila apa budak2 ni??
bukan dijemput pun untuk join birthday party tu.
tanak ah.

c :hang nak p jumpak depa.p la..aku duk lam keta ja kot
s :laa..jom la.
c :x mao aa..segan kut.!
l & a:jom aa..
s :hang xmao sudah.aku kunci hang lam keta.duk sorang2! (garangnya)

last2 aku turun jugak.dengan muka tebai ampat inci.
ternampak geng2 tengku,liyana,hakim,kecik.
aku senyum2 kat depa.pura2 tak malu.sambil berjalan menuju ke majlis birthday tu.
kaki aku berat ke geng2 ni.
yang aku pelik.kaki sumai lida ana berat ke sebelah sana.

tiba2.
"happy birthday to you..happy birthday to you..." berkumandang maksudnya telah masuk waktu menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke-20.
wahh.aku kaget! terharu beb.
biar betik kanak2 ni??wat seprais party untuk aku.?

muka teharu

aku disambut dengan belon2 air.oke.aku redha.
tp hikmat orang beriman macam aku.
belon tu x pecah.haha.
akibat perangai dengki kanak2 tersebut yang cuba memecahkan jugak belon tersebut, aku separa basah.(di ulang separa basah!) oke.aku pasrah.






**beri perhatian kepada kotoran degil susah nak hilang pada sweater tersebut.
jaga kamu insan bernama kecik azmir & hakim rasta!!

*pong pang pong pang pong pang* adegan potong kek

*pong pang pong pang pong pang* adegan makan kek

*pong pang pong pang pong pang* adegan bagi adiah

*pong pang pong pang pong pang* adegan bukak adiah

*pong pang pong pang pong pang* adegan amik gambar jangan cerita laa dia punya banyak.

*pong pang pong pang pong pang* adegan calit kek kat baju dan muka

*pong pang pong pang pong pang* adegan main tuju kasut.



BABAK EMPAT-TUJU KASUT

angka : dua puluh tahun.
peribadi :dua belas tahun.
jiwa : muda.
tingkah laku : spastix gampang
jenis ketawa :men laughing tahap setan
malu :tidak kenal erti perasaan ini
pertempuran:tuju kasut.

sumpah dah lama x main mainan zaman kanak2 ni.
sekali main..korang bayangkan la dia punya hapening.
team aku : amal,lida,sara,ana,cixcuxia.
menentang
team main tipu :asmah,aidil,fieda,adeera,kecik.


ni la sasaran kami

lepas main.tercungap2 tahap tak cukup oksigen.
dah lama jantung aku tak bekerja sekuat malam tu.
terima kasih jantung!






kesimpulannya.
memang best!
adiah laa yang paling rowk.
rowk kepala hangguk.
korang kawan paling rowk!




err..
tapi tak serowksetar aku la.

Friday, January 16, 2009

al-fatihah

Rabu 3 December 2008 aku bertolak dari medan Gopeng ke Alor Star.

setelah 3 hari berada di rumah.tiada apa yang aku lakukan.
pada hari keempat Sabtu 6 December 2008
pagi tu 7.05 am.mama aku menerima satu panggilan dari maklang.
lepas tu aku dgr suara mama menahan sebak dan tangis.
mama gtau nenek saudara ku telah meninggal dunia selepas subuh tadi.
terkejut.
tergamam.
terdiam.
membisu.
smpaikan innalillah pn aku x ucap!
astagfirullahalazim.

nenek saudara aku ni mmg rapat dgn aku
setiap kali raya aku mesti p rumah dia kat Lorong Sekolah Alor Merah.
aku panggil dia tok saket mata.
sbb mata dia ada selaput.
even dia rabun2 macam tu
setiap kali dia pegang tangan aku,rambut aku,muka aku,dia tak pernah silap meneka aku.
tekaannya pasti tepat!
ni nadia ni ...
setiap kali tu jugak dia mesti hulurkan duit kepadaku
walaupun aku semakin menginjak dewasa.
biarpun seringgit dua dia mesti nak bagi jugak
katanya "sedekahh.."

saat kain kafan mmbaluti tubuhnya
hatiku makin sayu
melihat wajahnya yang tenang & suci
tidak menggambarkan umur sebenarnya yang menjangkau 90 tahun..
hatiku bertambah sayu
buat kali terakhir aku mencium pipinya
saat itu air mata ku dah tak terbendung lagi.

kami mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan Islam Masjid Alor Merah
saat imam membacakan talkin
sejenak insaf menghinggap diriku
betapa kerdil kita di sisi Allah..

tok..
semoga rohmu dicucuri rahmat oleh Allah subhanahuwataa'la..
amin..
al-fatihah..



Khamis 15 January 2009 aku bertolak dari Alor star menuju ke UTP.

esoknya Jumaat 16 January 2009,akan diadakan kenduri tahlil dan doa slamat buat nenek saudara ku.
pada pukul 2.04 pm aku menerima satu message dari mama aku yang mengkhabarkan berita kematian tok teh ku.
innalillah..
berita ini sangat mengejutkan aku.
setahu aku tok teh aku masih sihat biarpun umurnya sudah mencecah 90 lebih.

dan kematiannya adalah pada hari majlis tahlil untuk adiknya (nenek saudara ku)..
aku hanya berkesempatan untuk mengucap kan takziah kepada keluarga nya.

buat tok teh omar..
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu..
aminn..
al-fatihah..

al-fatihah

Fatin Amira Faudzli dalam kenangan (27.08.1989 - 14.01.2009)



Sahabat ku Fatin Amira Faudzli telah kembali ke rahmatullah pada 14 January 2009 yang lalu kerana terlibat dalam satu nahas jalan raya di Rawang bersama bapanya allahyarham En.Faudzli.

Fatin Amira atau lebih dikenali dgn panggilan dodo merupakan salah seorang sahabat-sekepala aku ketika kami menuntut di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,Kangar,Perl
is. Masih segar dalam ingatan aku keakraban kami sewaktu dii sekolah dulu. Bersama-sama wat kerja gila, sama2 wat Lukisan Kejuruteraan, sama2 order nasik ayam hainan. Setelah tamat SPM,kami dah jarang contact,lgpn dia di Perlis aku di Kedah.Though, masa zaman supersavers menyengat, aku rajen gak call dia. free kan.. Then,aku masuk UTP,dia kt matrik Gopeng,satu negeri,Perak! tp,kami x penah berjumpak.Penah plan nak hangout sekali..tp tak penah terlaksana.That is why aku terkilan sangat2.Itu la kali terakhir kami berhubung,tp x berjumpak..Aku rasa bersalah.Aku x sempat mntk maaf dan berjumpak tuk kali akhir.
Maafkan aku.

Di kesempatan ni aku nak menasihatkan diri aku dan juga rakan2 di luar sana tolong apreciate sahabat2 kita.Jangan lupa kawan.Jangan la pentingkan boyfriends/ girlsfriends smpai ketepikan kawan2 yang suatu ketika dulu berada disamping kita biar ketika duka atau suka.Tanak call kawan2 lama semata2 nak berjimat kredit untuk call boyfriends/girlfriends.Paling koman pn miscall.Tp ada sesetangah org x suka dgn miscall2 ni.terpulang la.bg aku miscall salah satu cara berjimat dalam masa yang sma menunjukkan org yang di miscall maseh dlm ingatan kita.
msg pn ok.satu dua pn jadi la.bkn byk mana pon. berapa kupang la sangat!

Jangan simpan dendam.Kalau time ni kita ada wat salah dengan kawan2,cepat2 la mntk maaf,ajal maut kita x tahu.semua terletak pada kekuasaan Allah subhanahuwataa'ala.
Di kesempatan ni jugak aku ingin memohon maaf kepada SEMUA rakan2 ku,sejak dari Tadika Kemas Bukit Tinngi,rakan2 dari Sekolah Rendah Kebangsaan Kepala Batas, rakan2 dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tinggi,rakan2 dari Sekolah Menengah Sultanah Asma,rakan2 dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,rakan2 dari Universiti Teknologi Petronas, rakan2 dari Pusat Tuisyen Tmn PKNK, rakan2 dari tuisyen shahab perdana, rakan2 dari tuisyen Bina Jitra, rakan2 dari Taman Tabung Haji, rakan2 dan saudara mara dari Kampung Alor Merah,Alor Star, Kampung Alor Gunung, rakan2 dari satu tempat kerja Alia Restaurant Jalan Stadium,Alia Restaurant Stadium, rakan2 dari mana2 sahaja yang aku kenali & jugak kamu yang sedang mmbaca maafkan daku andai tersalah ckp atau melukakan hati kamu semua.halalkan makan minum aku. Kalau ada hutang ka apa2 ka mai la cakap kat aku. Boleh aku setel kan sebelum aku meninggalkan kamu semua kelak.

Buat rakanku Fatin Amira Faudzli aku doakan roh mu tenang disana.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu.aminn...al-fatihah..

Thursday, January 15, 2009

encik kecik azmir menge"tag" beta

INI SOALAN-SOALANNYA:

1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.
2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.
3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.
4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.
5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.
6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.
7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.WAJIB!


Jawapan>>

7 ciri lelaki idaman
selain dari segi keagamaan..
~suka wat lawak (sbb aku suka gelak!)
~suka makan (sbb aku suka masak!)
~suka main bola (sbb aku nk tlg sorak kt tepi padang)
~suka amik gamaQ (sbb aku suka posing. ahaks!)
~suka melalak (sbb aku nak join sekaki)
~suka membulii (sbb aku nak buli balik! iyarghh!!)
~suka wat "suka-hati-aku" things (sbb suka-hati-aku laa..)

7 lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup
pernah dan maseh (wahhh~!!)

~Radhi OAG haha! (start : zaman perkomplotan anak2 dara di SULTANAH ASMA GIRLS SCHOOL)
~Jeremy Sumpter (start : tgk cita peterpan kt TV2)
~Kamal Adli (start : beli majalah REMAJA tyme abeh SPM)
~Mohd Hezry Mohd Hafidz ( cari la sapa dia ni.haha)
~Ahmad Nabil ( mulut dia laser )
~Pendek Shogunz (comel)
~kamu yang mmbaca jika kau lelaki! (err..)

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.

~jantung berdegupp kencang (dup dap dup dap)
~mulut menjadi becok mengalahkan bertih goreng (pok pek pok pek)
~perasaan menjadi diri sendiri
~ketawa tanpa henti kerna terlalu excited (gylak!)
~bahagia of course
~ketaQ pala lutut
~bangga~

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.
~masjid Kristal,Terengganu (tringin nk p.)
~Dubai (ayuh!)
~Jepun
~tasek
~pantai
~mekah
~petting zoo

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.
~ boxer (err.?)
~ cekak rambut aku (sbb rambut dia panjang dan menggerbang.wahh!)
~ cincin wire yg aku parok kt lab Digital Electronics
~ tshrt yg aku jahit & design
~ sweater superlovers kaler purple
~ kura kurr ( haa amik! bela smpai besaQ)
~ cd rakaman sewaktu aku bersamanya ( tahap bedarah hidung nih! )

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.

~faith
~on the night like this
~me & my boyfriend
~goodnight song
~shame on you
~secret admirers
~be yourself


7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.WAJIB!
~sumai
~kecik
~fieda
~amal
~aidil
~cikkudd
~&& kamu yang tengah baca ni